Inilah Beberapa Kecenderungan Orang Bekerja, Bagaimana Dengan Anda ?

Setiap hari anda bekerja. 6 hari seminggu, 24 hari sebulan. Tetapi apa tujuan sebenarnya anda bekerja? Sebagiannya memberikan komentar bahwa bekerja adalah karena adanya dorongan untuk memenuhi keperluan hidup.

kecenderungan orang bekerja

Menjadi manusia yang diberikan nafsu dan akal oleh Allah SWT sudah tentu kita mempunyai banyak kehendak. Jika dihitung dari sekarang, sampai malam nanti pun anda tidak akan berhenti untuk menghitung kehendak-kehendak anda yang banyak. Abraham Maslow mengkategorikan menjadi lima tingkatan berdasarkan tingkatan piramid :

Pertama: Keperluan Fizikal

Ini adalah kehendak paling asas bagi manusia. Kemudahan-kemudahan asas untuk hidup seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, air atau lebih mudah kita katakan sebagai keperluan kehidupan sehari-hari. Semua orang bekerja adalah untuk menikmati paling kurang kemudahan asas ini. Jika tidak ada kehendak fizikal ini amat sukar untuk melakukan aktivitas-aktivitas dan juga membina kehendak-kehendak yang lain.

Kedua: Keperluan Keselamatan

Keselamatan adalah keperluan yang kedua paling penting bagi kehidupan manusia. Keperluan keselamatan meliputi perlindungan diri dari ancaman-ancaman bahaya, keamanan keluarga dan jaminan hidup. Keperluan fizikal seakan tiada gunanya jika keselamatan tiada.

Ketiga: Keperluan Sosial

Keperluan sosial amat penting untuk kehidupan manusia. Hidup bermasyarakat, ingin disayangi dan menyayangi, penjagaan, persahabatan, membina komunikasi berkesan antara satu sama lain semestinya perlu diisi di dalam hati manusia. Tanpa keperluan ketiga ini kita semua akan hidup sendirian, menghadapi tekanan kerja, menghadapi masalah komunikasi serta akan mengalami kesukaran untuk menjalani kehidupan tanpa sedikit harapan dari orang lain.

Keempat: Keperluan Penghormatan

Apabila telah lengkap keperluan fizikal, keselamatan dan sosial maka dengan sendirinya kita akan ada rasa ingin dihormati oleh orang lain, mempunyai pengakuan tentang kerja yang telah dilakukan, rasa dihargai dan menghargai antara satu sama lain.

Kelima: Keperluan Aktualisasi Diri

Apabila sampai di puncak keperluan sudah pasti manusia ingin orang lain melihat potensi dan bakat yang ada dalam diri kita. Mengharapkan kemasyhuran atas kerja-kerja yang dilakukan untuk terus mengekalkan prestasi diri. Apabila semua keperluan ini terisi maka seakan lengkaplah keperluan kehidupan manusia (berdasarkan teori Maslow). Jadi bagaimana dengan anda? Apakah anda juga bekerja untuk memenuhi keperluan ini?

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *